Hari ni keluar awal ke Fresh Farms sebab nak beli epal untuk dibawa ke kelas Danish. Mrs Walsh ada banyak aktiviti menggunakan epal minggu ni. Bila dah 3 budak kecik keluar macam2 jadinya sampai kat sekolah dah lewat, kena pegi office tulis nama. Bukan apa, diorang tak nak org luar berada dlm sekolah slps pukul 12.40 tghr. Cikgu mereka akan datang jemput dari office ke kelas.
Last week selepas tournament golf, mereka yg terlibat datang makan kat sini. Selepas bergilir dengan kak bismi memasak dan menyusu baby maka dapatlah semuanya merasa nasi kerabu bersama ayam percik, solok, kuih bakar, nasi lemak, nasi goreng. Tapai pun menjadi. Tumis budu yg habis dulu ingatkan org chicago tak pandai mkn budu :p .
Masak bagai nak rak ni hati tetap teringatkan org jauh yg pregnant tu mungkinkah mengidam nasi kerabu jgk, kalau masih mcm dulu dah tentu dijemput makan bersama. Faham sangat selera mak buyong tp apa kan daya. Kami serba kekurangan.
No comments:
Post a Comment