Thursday, October 27, 2011

Cuti diwale

Rupanya ofis daddy pun cuti tp sha & danish kena pegi sekolah jgk. Lps hantar diorang kami pegi ke macys. Baru boleh tgk brg betul2 kalau tak duk kejar si kenit dua org tu je. Hehee...

Mula2 melilau kat area hbag, berkenan dgn hbag CK tp biar dululah... Ke 2nd floor cari bj, hmmh byk pattern xkena dgn taste spec ibu menyusu la plk. Last sekali ke area dinnerware dan jatuh hati dgn patter lenox. Mek rembat satu set 18 biji. Tq syg...

Kul 2.45 dah keluar nak ambik bdk2 balik sekolah, masing2 muka letih, sejuk & lapar...

Kek chiffon pandan lapis kastard

Ahh dah lama teringin nak mkn kek ni baru skrg dpt buat. Sedap rasanya. Keknya rasa mcm kek gulung, lembut gebuz...

Friday, October 21, 2011

My turn..

Jgn penat firas, mommy ada nak tolong firas... Eh sedih plk bunyinya hehee... Bila dia meragam kan buka cartoon kat ipad or iphone sure diam punya. Ikut lg perangai Arisha & Danish tu, takpe lah asalkan mereka seronok, byk benda boleh belajar dr apps.

Friday, October 14, 2011

Mechanic lady in the house!

Vacuum kat rumah ni dah lebih setahun tak berfungsi dgn betul. Memang boleh sedut cuma bila belt untuk berus kat tapak dah putus benang2 halus atau rambut kat rug tu tak tanggal. Dah bg tau mr hubby tp sbb bukan dia yg nak guna hari2 kan jd xpernah cuba tlg repair pun.

Ingat tak hari tu ada pegi window shopping ngan baby Kat walmart jd sempat la riki2 bahagian spare part, terjumpa belt yg rasa2nya compatible dgn vacuum ni jd gamble beli aje.

Hari ni baru sempat membedah vacuum itu & lps 15 minit taraaaaa mommy berjaya fix the problem. Dgn rakusnya vacuum menyedut sgl habuk, benang , rambut dll! Hahaaa seronoknya tp 3 rug daddy dah gulung simpan kat basement sbb dulu xlarat nak jg, kejap ais krim, kjp sup, coklat, minuman tumpah jd senang cerita no more rugs. Tinggal rug kat dining & bilik solat kat dpn tu je.

Punya la lama vacuum mcm tu dr sblm pregnant sampai baby dah 3 bln umurnya, utk repair cuma mengambil masa 15 minit adalah sesuatu yg tak adil! Hehee... Next time, berhenti berharap, DIY!

Thursday, October 13, 2011

Field trip to The Grove

Hari ni TOPS preschool ada buat trip ke The Grove. Kat sana patutnya ada pumpkin picking dan lain2 acara padang. Tapi disebabkan hari ni cuaca mendung & hujan rintik2 jd diorang buat indoor aktiviti kat sana.

Masa Jemput diorang balik masing2 bawa sebiji pumpkin. Arisha dah suruh masak pumpkin soup, alamak!

Wednesday, October 12, 2011

Window shopping with baby

Masa hantar Anak2 ke sekolah Firas baru saja tidur. Sayangnya nak angkat dia keluar dari car seat jadi balik dari sekolah Wann terus ke Walmart beli apa yg patut. Terjumpa satu kitchen towel set cantik sangat dan tinggal satu tu je jadi terus beli. Suka warna biru ni.

Syyyyyyy~

Dia nak tido, cakap pelan2 ok~

Tuesday, October 11, 2011

Dengan aktiviti masing2

Firas dgn gym toys nya, danish melompat sana sini, arisha lg macam2 dia buat. Layan jer, lps ni sapa kemas?

Mencari epal.

Hari ni keluar awal ke Fresh Farms sebab nak beli epal untuk dibawa ke kelas Danish. Mrs Walsh ada banyak aktiviti menggunakan epal minggu ni. Bila dah 3 budak kecik keluar macam2 jadinya sampai kat sekolah dah lewat, kena pegi office tulis nama. Bukan apa, diorang tak nak org luar berada dlm sekolah slps pukul 12.40 tghr. Cikgu mereka akan datang jemput dari office ke kelas.

Last week selepas tournament golf, mereka yg terlibat datang makan kat sini. Selepas bergilir dengan kak bismi memasak dan menyusu baby maka dapatlah semuanya merasa nasi kerabu bersama ayam percik, solok, kuih bakar, nasi lemak, nasi goreng. Tapai pun menjadi. Tumis budu yg habis dulu ingatkan org chicago tak pandai mkn budu :p .

Masak bagai nak rak ni hati tetap teringatkan org jauh yg pregnant tu mungkinkah mengidam nasi kerabu jgk, kalau masih mcm dulu dah tentu dijemput makan bersama. Faham sangat selera mak buyong tp apa kan daya. Kami serba kekurangan.

Thursday, October 6, 2011

Harap2 menjadi....

Alhamdulillah, dah siap buat tapai, smg manis rasanya mcm yg buat utk open house ari tu. Lebihan tapai dulu ada lg dlm fridge & masih elok & manis. Will check after 2days & 2 night....

Event on Saturday

Insya Allah, sabtu ni ada tournament & lps tu ada mkn2 kat rumah kami. Nampaknya daddy pilih nak menu nasi kerabu, mmm dah lama tak buat, harap2 menjadi. Hari ni plan nak buat tapai tapi xtau sempat ke tak... Please3 behave urselves my dearest kids...

Two in one!

Yesterday Arisha had a physical check up and she received 4 injections, pity her... On her way back home, she keep on telling daddy that mommy told her there will be no injection but i'm not a doctor dear, i'm sorry. As a reward (she's crying, indeed) daddy bring us to Lombart to have late lunch at KFC & A&W, they serve both at the same counter and it's Zabiha Halal.
Tempat tu jauh sikit dari rumah kami sampai tertidur kedua-duanya. Sampai sana Danish jer yang sambung tidur hingga cair sundae ice cream dia.
Hari ni hantar diorang ke sekolah mcm biasa cuma Firas sangat2lah baik tak meragam sepanjang perjalanan. I luv u Firas!

Tuesday, October 4, 2011

Musim luruh 2011

Tahun ni kami dapat rasai musim luruh di bumi Allah, Skokie, sekali lagi, syukur. Arisha teruja sangat sebab nak sambut Halloween. Kat school dia teachers and friends bercerita pasal fall season, pumpkin, costumes and treat bags.

Last weekend we went to Old Orchard Mall. Mcm2 ada kat sana tapi kami cuma beli brg2 yg penting aje. Kebetulan foundation dah hbs, try pulak foundation Lancome, daddy pun offer suh beli lain2 apa lg mommy rembat blusher lagi & loose powder dr Lancome. Thank you dear ^_^ BTW, i got HYPNOSE DRAMA IFBV MASCARA, CILS BOOSTER XL SUPER ENHANCING MASCARA for FREE!!! They give Fragrance Tresor In Love too but only in sample size... But i like all the gift <3

Dah 3 bulan!

Alhamdulillah, Firas dah nak masuk 3 bulan. Sekejap jer masa berlalu. Terima kasih kpd keluarga dan teman2 yg mendoakan serta memberi sokongan kepada kami.

Arisha & Danish dah masuk bulan kedua menghadiri Pre-school di TOPS, Madison Elementary School. Lima hari seminggu pergi sekolah tanpa merengek, hari2 tak sabar nak pegi sekolah tambah2 lagi Danish. Excited sungguh dia sebab sebelum ni cuma dapat hantar Arisha ke kelas sampai tak nak balik, sekarang dah dapat peluang bukan seronok lagi dia.

Hari2 hantar diorang mestilah bawak sekali Firas. Kalau drive, letak la Firas dlm car seat, kalau weather ok kami jalan kaki aje masukkan firas dlm carrier atau stroller :)